Tuesday, November 8, 2011
Bersyukur
Asslamualaikum..alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk melihat keindahan alam yg dicipta oleh Allah SWT.
Sudah lama aku tidak menelaah blog aku ni, mungkin sebab aku tak mempunyai masa yang cukup, terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja yang tertangguh. Kenapa tajuk entry aku kali ni pasal 'Bersyukur'?
Aku bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk berubah ke arah yang lebih baik, aku bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada ku untuk berubah ke jalanNya, akan aku gunakan peluang ini sebaik-baiknya, aku tidak akan sesekali mengulangi kesilapan aku yang dulu lagi, itu semua sudah menjadi masa silam ku, aku ingin ,mencari keredhaanNya,
Aku ni hamba yang hina yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan, tapi, alhamdulillah, Allah telah beri aku kesedaran untuk berubah.
InsyaAllah, aku tidak akan terus leka dengan godaan dunia ini,mudah-mudahan aku akan selalu berada di jalanNya, Amin..:)
Ikhlas dari hati sanubari..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment