Wednesday, November 9, 2011
9 NOVEMBER 2011
Asslamualaikum.
Hee, macam biasa, hari ini aku bangun pukul 10 pagi, agak lewat jugak aku bangun, selalunya pukul 9 dah bangun, huhu,
mungkin sebab aku tido lewat sangat kot semalam, yelah, tengok video ceramah agama dalam you tube, semata-mata nak tambah ilmu pengetahuan pasal agama dengan lebih lagi, banyak yang aku pelajari dari video ceramah agama tu. Aku hanya tengok ceramah dari Ustaz Azhar Idrus, kerana cara penyampaian dia amat jelas dan mudah untuk aku faham. Alhamdulillah, aku boleh mengambil iktibar dan muhasabah kan diri aku.
Hari ni, sudah 9.11, tinggal lagi 9 hari sebelum aku berangkat pulang ke pulau pinang, hmm, malas tu malas, kalau boleh tak nak balik penang, banyak sangat liku kehidupan yang aku hadapi sepanjang berada di negeri yang diberi nama jolokan pulau mutiara itu, atau dengan erti kata lain, aku tidak gembira tinggal dan belajar di sana, aku lebih sukakan dungun, suasana kat dungun lebih tenang, dan aman. Tapi, aku kuatkan juga diriku ini untuk menghabiskan jugak pelajaran aku dekat penang tu, lagi satu semester aku akan berada di situ, kemudian aku akan pergi praktikal, sah-sah aku akan buat praktikal di kelantan,huhu.
Selain keluarga aku, blog inilah tempat aku meluahkan perasaan terpendam aku, segala jenis masalah,huhu. Kalau dulu, ada si dia, sekarang dah tak ada, huhu, tapi tak pe, semua ini ujian dari Allah, aku redha dan sabar menghadapinya, as long as aku kena kuat dan selalu ingat Allah. Aku selalu mengingatkan diri aku, jangan hanya waktu susah sahaja aku ingat Allah, tapi di kala waktu senang pun, aku kena ingat Allah. InysyaAllah, kalau kita ingat Allah ketika kita senang, Allah akan ingat kita ketika kita susah, we just need to have faith in HIM, because HE was our creator, and we as HIS servant.
Bukak je sem baru, aku akan sibuk dengan event, mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan aku di sana nanti. Aku tidak ada kawan di sana, so, aku selalu buat hal sendiri, keluar lepak sorang-sorang, makan sorang-sorang, semua itu sudah jadi kebiasaan aku. Okay, jam dah tunjuk pukul 12.30, aku pun ada kerja lain nak buat, zohor pun akan masuk tak lama lagi, lepas solat, aku nak pergi ambil adik aku kat sekolah pula, pape pun, have a nice day friends.
Hiasi peribadi, dan selamat beramal.( peringatan untuk diri sendiri juga.)
p/s: Ikhlas dari hati sanubari..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment